Pages

Wednesday, 30 November 2011

Kisah percintaan 2 kekasih...

"Cincin buatmu......."


"Awak nie memang tak sensitif kan..?" marah Maya apabila Fahmi menghulurkan sekotak coklat padanya. 
"Lain yang saya minta, lain yang awak bagi... Ni kali nie saya minta bunga, awak bagi coklat..eeiii..geramnya..Saya tak kira, esok awak mesti bawak cincin untuk saya..saya nak juga cincin tu" marah maya kasar sambil berlalu meninggalkan Fahmi yang terkedu di tempat duduknya...
Esoknya, seperti yang dijanjikan, Fahmi datang ke tempat biasa untuk bertemu dengan Maya. Kali ini tangannya disorokkan ke belakang. Maya tersenyum panjang kerana dia yakin, kali ini mesti Fahmi turut kemahuannya... Bila tiba didepan Maya, Fahmi mengeluarkan tangannya dan menghulurkan barang ditangannya kepada Maya... Sekali lagi Maya menyinga.. "Awak nie kenape?Saya cakap cincin..bukannya patung beruang nie.." Kali ini Maya benar-benar marah, lalu mencampakkan patung beruang itu ketengah-tengah jalan raya. Fahmi berlari mendapatkan patung itu tanpa menoleh kiri dan kanan. Tanpa Fahmi sedari, ada sebuah kereta yang menyusur laju di jalan itu. Pemandu kereta tidak sempat mengelak dan terlanggar Fahmi yang tiba-tiba muncul. Maya terpinga-pinga dengan kejadian di depan matanya dan berlari mendapatkan Fahmi. .Tapi malang sekali, Fahmi telah pergi untuk selama-lamanya... Maya meraung disisi mayat Fahmi...
Pada hari pengebumian Fahmi, salah seorang saudara Fahmi telah menyerahkan patung beruang yang menjadi punca kejadian itu kepada Maya...Dengan sedih, Maya memeluk patung itu dan tertekan butang pada badan patung tersebut...lalu keluar bunyi yang mirip suara Fahmi "Adakah anda sudi kahwin dengan saya? Jika YA, cincin ada di poket saya". Dalam keadaan terkejut, Maya mencari poket pada patung itu dan mendapati sebentuk cincin yang diidamnya disitu...Maya terjelepuk jatuh disitu dengan seribu penyesalan.....
"Fahmi....maafkan Maya...."

Jangan sampai perkara ini berlaku pada kita....