Pages

Powered By Blogger

Monday 16 March 2015

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...


1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.



9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.


Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)-by Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan 

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan 

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical) 

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,
berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf) 

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Pendek katerr..... : -

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...


Sunday 22 February 2015

rahsia diri melalui percutian febret korang...hehehe


PULAU



Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

> Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.



BANDAR-BANDAR BESAR



Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMA



Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.


BANDAR / KOTA BERSEJARAH 



Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.


GUNUNG-GANANG 



Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali

Rahsia buah febret korang... :)

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”.. 

Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia.. 


JENIS LIMAU
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali. 
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu. 
JOrang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu… 


BUAH-BUAHAN TROPIKA… 
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas. 
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok. 
JHakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok… 


JENIS BUAH LADANG… 
Contohnya seperti epal dan pear. 

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. 
JKamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan… 


JENIS TEMBIKAI… 
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu. 

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain. 
JKamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2… 


BUAH-BUAHAN JENIS CERI… 
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato. 

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain. 
JPersonaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti… 


JENIS KEKACANG… 
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain. 

Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. 
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian...


BUAH-BUAHAN JENIS LABU… 
Contohnya kundur. 

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu d
Ji sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…

psstt... jangan amik serius k... nie sebagai hiburan sajer...


Rahsia minuman febret korang...

Assalamualaikum... jom kite tengok rahsia disebalik minuman febret korang... *wink..wink..wink..*

LATTE 

Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
 
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI

Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU

Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH

Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA

Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK

Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS

Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.


Monday 26 January 2015

Petua dapur lagi keyyy

Assalamualaikum...
 Suker nehhh masuk dapur..heheheh.. wokeh.. kali nie kiter tengok petua ape plak yang cik kak dapat... yeazzza...

1. Tauhu tak melekat dikuali

Biasenyer la kan.. kalau korang menggoreng tauhu, mesti lekat kat kuali.. betol ke idak..?hehe.. Kalau korang nak elakkan ini terjadi dan nak dapatkan bentuk yang cantik kat tauhu tu.. cer try petua nie.. Sebelum korang goreng tauhu tu, tabur garam halus pada atas dan bawah tauhu..Pastu korang akan tengok tauhu tuh dah tak melekat.. InsyaAllah... try k..

2. Melembutkan donut

Donut... kalau dapat yang lembut.. sodapnyer aihhh...hehe.. Kuih donut yang beli kat kedai biasenyer keras lagi2 bile dah sejuk.. betul tak..? Jom kite buat sendiri... petuanya,.. mase korang nak buat donut tu,.. campurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan donut. InsyaAllah donut tadi akan lembut dan sedap rasernyer walaupun dah sejuk...

3. Ayam goreng lebih sedap

Febret cik kak nie..heheh.. Ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai kan..? Kalau korang nak ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan tiga ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam. Gaulkan dengan garam dan kunyit pastu korang lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Perapkan sekejap dalam 15-20 minit, Pastu korang boleh goreng sampai benar-benar garing... sedap3....

4. Tauge kekal segar

Agar tauge sentiasa segar walaupun disimpan beberapa lame, korang bolehlah masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian korang simpan di dalam peti sejok..InsyaAllah.. tauge tu akan segar dan tak masam.

5. Kentang pekatkan sup

Sedapnyer sup.. Kadangkala mase kite masak sup, kite menggunakan terlalu banyak airhingga menyebabkan sup cair. BAgi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek..

ok uolsss.. jumpa lagi dengan next petua k...
jangan lupe follow blog akak nie..aauummm... tq















Thursday 22 January 2015

Petua Dapur.. Jom ke dapur...hehehe

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Hari nie.. cik kak jalan2... pusing2.. jenguk2.. jumpalah sesuatu yang nak kongsi ngan korang... yang nie buat sesapa yang suke atau buat2 suke ke dapur..kikiki... bolehlah intai2 petua nie..

Jomzzz...

1. Halau semut... 

Kat rumah korang banyak semut tak..? Kat rumah cik kak ad semut kecik2 tu.. diorang kate semut batu..ntah betul ntah idak..tapi sakitnyer kalau kne gigit...adoiii...kalau dah masuk dalam bekas gula..susahla jawabnyer... ok.. jom kite tengok petuanya...
Korang masukkan beberapa keping asam gelugur (alaa.. yang korang panggil asam keping tuh...) tak pun korang boleh ambil  beberapa kuntum bung cengkih pastu korang masukkan ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih yang korang letak tu tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.. so.. korang jangan risau k.
 
2. Hilangkan Bau Cili Tumis

Kalau menumis cili mesti ada yang rase tak selesa kan.. kalau kat umah cik kak.. mesti bising mengomel, pedih mata la, berair hidung la..huhuhu... Bukan tu je, seluruh dapur malah seluruh rumah penuh ngan bau tumis cili.. owhh noo... ok, kalau nak hindarkan bau nie, jom kiter try cara nie.. Masukkan gula pasir ke dalam minyak menggoreng yang telah panas, pastu barulah korang tumis bawang dan cili tu.. InsyaAllah bau pedas dan cili tumis tu tak akan mengganggu lagi..hehe

3. Ikan tidak busuk

Bagi yang sibuk bekerja, kadang2 beli barangan dapur contohnya bahan mentah terus untuk 2-3 hari dan simpan dalam peti sejuk.. Pastu plak, tibe plak tak de elektrik menyebabkan ikan jadi busuk..hahh.. gitew situasinyer...hehe.. jadi, jangan bimbang k sebab cik kak dah jumpe jalan dan cara nak cegahnyer.. giteww... Caranya, korang amik ikan yang telah dibersihkan pastu korang gaulkan ikan tu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar2 sejuk sebab nasi panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya korang basuh ikan itu seperti biasa k..

4. Udang sentiasa segar

Suka makan udang tak..? Cik kak pantang udang... pantang jumpa...hahah... Ok lah.. udang mestilah nak sentiasa segar.. barulah sodap... Kalau nak udang sentiasa segar dan tak busuk, korang perahkan air asam nipisketika korang nak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara nie boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama... boleh try k uollsss...

5. Sayur celur tetap segar

Bagi yang sukerkan ulam dan sayur yang dicelur..bleh try petua nie... cik kak pun suker... Korang campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk yang berisi air rebusan.. Setelah sayur2 dicelur, korang tos airnya macam biasa.. Pastu korang boleh nampak hasilnya sayur2 ini akan nampak segar dan berkilat... suker2...

Oklah.. nie jerrr yang cik kak jumpe... nanti cik kak share yang lain lagi k...
jumpe lagi ouulsss...






















Tuesday 20 January 2015

Petua Orang Lama.. *wink..wink..wink..*

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perkongsian pertama untuk tahun 2015..heheh.. jom kite kongsi2.. wink..wink..wink..


1. Melebatkan bulu kening.. *wahh klasss gitew kannn...

    Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantikdan tersusun..btol tak..? Kalau btol..korang leh la         try petua yang sy jumpe nie..heheh..(kalau x jadi jangan marah keyyy.. x salah mencuba..btol               tak?).. Caranyer gini.. korang amik daun lidah buaya..ehh yg org panggil aper tuh.. aloe vera..             bukan lidah buaya betul tau.. kang x sempat nak lebatkan kening...dah arwah..huhu.. dah amik             daun lidah buaya, ramas-ramas hingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam...                       InsyaAllah menjadi.. cer try..cer try..hheheh
 
2. Hilangkan tahi lalat...

    Kisarkan nanas dan limau purut, pastu korang sapukan pada tahu lalat yang korang nak hilangkan       tuh..wahhh.. dah macam magik kan..huhu.. Lakukan cara ini dua atau tiga kali sehari sehingga ia         jatuh sendiri.. Amalkannya selalu untuk mendapatkan hasilnya segera... gitewww...

3. Hilangkan gatal dan kesan gigitan nyamuk...

    Adoii... kalau nyamuk dah start mengigit.. gatalnyer raser..mak aiiiih... habis merah2 kulit... kalau       putih nampak la k..kikiki.. jom kiter tengok macamne petua nak hilangkan rase gatal neh...                   Caranya, korang campurkan satu sudu makan garam dengan dua sudu makan air. Korang jangan         kacau macam nak buat air plak.. Korang amik garam yang basah tuh, pastu korang sental pada             bahagianm yang terkena gigitan  tuh.. Rasa gatal tuh akan hilang bersama kesan gigitan tuu... leh         try k...

4. Hilangkan bau durian..

    Durian.. owhh... no... tak suker bau die..huhu... Petua nie untuk penggemar durian.. Biasanya               selepas menikmati buah durian, mulut atau sendawa korang akan berbau..btol tak..? Ad gak yang       terasa mual, pening atau mabuk.. nie mesti kes main hentam durian nie banyak2..huhu.. Bagi               mengelakkannya, korang amik pangsa durian dan curahkan sedikit air ke dalam pangsa tuu..               Korang ratakan air tuu pastu korang minum air tu k..

5. Tumit kaki pecah2

    Bagi korang yang mengalami masalah nie, korang boleh try cara nie k.. Korang cari sebiji betik           yang masih muda, pastu korang hiriskan bahagian hujungnya hingga kuar getah..  Korang amik           getah tu, pastu korang sapukan ke bahagian tumit yang pecah. Kalau korang nak tengok hasil yang     memuaskan, korang kenelah lakukan berulang kali beberapa hari k... Selamat                                       mencoobaaa...hehehe.

6. Penyeri muka.. *aauuuwww...

    Haaa... yang nie mesti korang suker kan...hehehe.. Orang lame kate, selain menghilangkan kedut         dimuka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka sentiasa kelihatan berseri giteww...        Caranya, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tu ke wajah,         korang tunggu 10 minit baru korang gi basuh dengan air bersih. Boleh juga sapukan muka dengan       putih telur. Biarkan selama 10 minit, pastu korang bersihkan dengan air. Lakukan seminggu sekali     pastu korang boleh lihat perubahannya...hehe...

7. Penawar darah tinggi

    Haaa... nie petua untuk pesakit darah tinggi...Korang leh kongsi ngan family atau kengkawan yang     ad penyakit nie k..  caranya begini.. korang ambik seikat daun kucai, pastu korang bersihkan dan         tumbuk dengan sedikit garam. Perah dan ambil airnya. Pastu korang letakkan dalam mangkuk dan       embunkannya. Pastu minum pada waktu pagi, sebelum makan... Amalkan k.. InsyaAllah berkesan..

8. Kekalkan warna pakaian..

    Baju berwarna mudah luntur lepas kiter basuh banyak kali.. Bagi mengekalkan warna pakaian,           korang ambil dua biji kentang, kupas kulitnya pastu korang rebus. Dah siap rebus, korang                   lenyekkan kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumurkan keseluruhan pakaian     dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan pencuci pastu     korang jemur hingga kering.



SELAMAT MENCUBA UUOLLSSS...