Pages

Saturday, 31 December 2011

15 rahsia wanita yang nak kongsi ngan uolls....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia      tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Rahsia kenali wanita...

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Renungan buat si suami....

uolls.. nie ader kisah nak dikongsikan dengan uolls..

Buat suami2 yg bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~

Thursday, 29 December 2011

rahsia zodiak lelaki...

gurlzz... korang nak kenal perwatakan boy korang tak..jom kiter tengok camner...jangan salah pilih..huhuh..opss... sekadar berkongsi ilmu n suke2 je k uolls....
 
Leo (24 Julai-23 Ogos)
Perwatakan:
Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya.. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (kadang-kadang je ego).. Pandai berkata-kata..
Tips utk memikat:
Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya.. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo..
WARNING:
JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. Mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik mengadu kat mak..


Virgo (24 Ogos-23 September)
Perwatakan:
Pemalu, tak pandai mengawal emosi.. Suka mencari perhatian dari perempuan..
Tips utk memikat:
Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie).. So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran.. Kuat merajuk..
WARNING:
Bila pergi dating, jangan pakai yang over-over.. virgo ini gatal.. kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia..


Libra (24 September-23 Oktober)
Perwatakan:
Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan ‘last minute’.. Seringkala kontrol macho depan perempuan..
Tips utk memikat:
Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself..
WARNING:
So bila nak date.. pakailah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang ni semua hensem..

Scorpio (24 Oktober-23 November)
Perwatakan:
Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat:
Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.. Tak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain..
WARNING:
Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio.. (jangan kata tak kasi warning)..


Cancer (22 Jun-23 Julai)
Perwatakan:
Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya.. (berhati-hati ya)
Tips utk memikat:
Jangan pulak anda pun nak step kaya.. nanti habis duit dikebas..
WARNING:
TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..

Sagitarius (23 November-21 December)
Perwatakan:
Fuyoooh.. siapa dapat memang untung.. Sagitarius orangnya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous..
Tips utk memikat:
Sentiasa adakan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosankan..
WARNING:
Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’..

 Capricon (22 December-20 Januari)
Perwatakan:
Egoistic, ada batu duduk dalam itu kepala.. pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya.. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda..
Tips utk memikat:
COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING:
Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepaslah kau nanti..

Aquarius (21 Januari-19 Februari)
Perwatakan:
Pijak semut tak mati.. Suka yang cantik dan menarik perhatian..
Tips utk memikat:
Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you..
WARNING:
Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..

Pisces (20 Februari-20 Mac)
Perwatakan:
Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan.. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat:
Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila..
WARNING:
Mungkin bakal jadi playboy..
Aries (21 Mac-20 April)
Perwatakan:
Anak mak! Smart.. Intelligent (boleh laa)..
Tips utk memikat:
Bagus untuk minah-minah tudung (betul).. Jejaka Aries suka wanita yang sopan santun, penuh tata-tertib.. Sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya..
WARNING:
Jika anda betul anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah.. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya.. Hati dah luka sukar nak dibaiki.. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik..

Taurus (21 April-21 Mei)
Perwatakan:
Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus.. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri.. Suka Bantu orang lain..
Tips utk memikat:
Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you..
WARNING:
Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang-sorang.. kesian takde orang lain layan..

Gemini (22 Mei-21 Jun)
Perwatakan:
Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya..
Tips utk memikat:
Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua..
WARNING:
Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran.. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer..


Rahsia bulan kelahiran ...

  Uolls.. nie satu lagi nak kongsi ngan uolls... jom kiter tengok tul ke tak..lalalalalla...

 

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulan.Sikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Rahsia Tahi Lalat.........

Tetibe terase nak update blog ngan ilmu2 yang leh dikongsikan... jom kiter tengok makna tahi lalat yang ade kat badan kita... :)

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di Kemaluan
  • Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.
  • Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.
23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru

Bahasa tubuh wanita..

Nie plak buat uoll yang lelaki k.. Rahsia Bahasa Tubuh Wanita... :)

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
 

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.


5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.


6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.


9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Rahsia bahasa tubuh lelaki...

RAHSIA BAHASA TUBUH LELAKI...

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. uolls pasti boleh menambat hati si dia jika tahu menilai setiap pergerakannya. Benarlah lelaki tidak gemar mengungkaapkan perasaan melalui kata-kata. justeru perbuatan dan tingkah lakunya lebih makna dan mampu menyampaikan apa yang dirasai pada gadis yang di puja. Agaknya apa bahasa tubuh pakwe uolls?
Jom kiter tengok k...


1. Menganggukkan kepala
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan. AWAS!

3. MerenungOpss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. olth itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiriApabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarakApabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.

Sunday, 25 December 2011

Ujian kereta rosak di malam hari

Last week..kiteorg ke  mentakab.. nak ke Ambank sane..gerak pun dah malam, tercari-cari lagi Ambank sane... kul 8 lebih gerak la nak lik ke lipis... Sampai kat simpang batu 3 yang ke arah mentakab tuh, kereta mati kat traffic light.. Ya Allah... dah la kami berdua perempuan... kat situ plak x ramai orang..tapi nasib baik ade kedai makan tak jauh dari situ.. Tengah kami kelam kabut x tau ape nak buat, datang sorang brother menolong..cuak gak la mula2..takut niat jahat ke.. agaknye dier tangok muka kami cuak je.. dier pun cakap, jangan takut..saye niat baik nak nolong...umah saye pun dekat2 nie je... yang peliknye pasal brother nie.. tak tau dari mane die muncul.. tetibe je die ade.. ak pandang la gak sekeliling tengok kot2 die parking kete ke moto ke..tapi x der la plak.. x pe la.. malas nak pkir.. dier pun panggil membe2 yang kebetulan lalu kat situ..tapi kete x dapat idup gak.. adoi.. kakmi pun decide nak panggil towing truck je.. mase ngah tunggu towing truck tu.. datang sorang kakak ngan 2 anak lelaki die.. kebetulan, anak lelaki die penah keje kat hyundai service kat area mentakab nie.. die pun tepon bekas bos die gtau kami nak tinggal kete kat dalam bengkel. Kire dalam pagar la..selamat skit.. Bro yang tolong mula2 tadi mintak diri..ak mintak no phone die..kot2 kami sangkut lagi, ade la org yang kami nak mintak tolong..tengah ak save no bro tuh..tengok2 die hilang.. sweram gak dibuatnye.. Tapi apepun ak bersyukur sangat... semuanya dah selesai... terima kasih kepada yang menolong secara langsung dan tak.. Hanya Allah yang mampu membalasnya...

Tuesday, 20 December 2011

himpunan citer lawak untuk di kongsi.. keh3

citer 1 :Kalau abang meninggal / kalau ayang meninggal...

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


citer 2 : Calon angkasawan Malaysia

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


Citer 3 : terkesima

Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.

Isteri: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suami: "Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."


citer 4 : lawak window...

Seorang pekerja baru yang bernama Syakir pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS.

“Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia.

“Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?”

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!”