Pages

Powered By Blogger

Tuesday 20 December 2011

himpunan citer lawak untuk di kongsi.. keh3

citer 1 :Kalau abang meninggal / kalau ayang meninggal...

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


citer 2 : Calon angkasawan Malaysia

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


Citer 3 : terkesima

Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.

Isteri: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suami: "Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."


citer 4 : lawak window...

Seorang pekerja baru yang bernama Syakir pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS.

“Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia.

“Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?”

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!”




1 comment: