Pages

Powered By Blogger

Tuesday 6 March 2018

epal hijau uollsss....


Khasiat Buah Epal Hijau Pada Kesihatan
Buah epal boleh memberikan kesan yang positif kepada sistem badan. Antara kebaikannya adalah:
1. Tinggi Kadar Serat
Ia mengandungi kadar serat yang banyak, yang mana membantu mencuci sistem dan meningkatkan metabolisma badan.
Ini memudahkan pergerakan bowel. Kita sering disarankan untuk makan buah epal dengan kulitnya (tanpa kupas). Dengan sistem usus yang baik, boleh menjamin kesihatan berpanjangan.
2. Kandungan Mineral
Antara bahan mineral yang terdapat di dalam buah epal hijau adalah – zat besi, zink, manganese, potassium, dan sebagainya.
Semua ini adalah garam mineral yang membantu badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Zat besi di dalam buah ini boleh membantu meningkatkan kadar peredaran oksigen di dalam darah dan membantu meningkatkan kadar metabolik badan secara keseluruhan.
3. Rendah Lemak
Bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh masukkan epal hijau dalam makanan diet anda.
Selain buah ini mengandungi kandungan lemak yang rendah, ia juga berperanan untuk mengumpul lemak yang terdapat dalam saluran darah dan membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat – mengurangkan risiko strok (angin ahmar).
4. Elak Kanser Kulit
Buah epal hijau mengandungi Vitamin C yang membantu mengelakkan sebarang kerosakan kepada sel kulit oleh radikal bebas – lantas mengurangkan risiko kanser kulit.
5. Tinggi Anti-Oksida
Ia mengandungi kadar anti-oksida yang boleh membantu proses pembentukan/penghasilan sel baharu. Pada masa yang sama membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cerah. Anti-oksida melindungi hati anda dan pastikannya berfungsi dengan baik.
6. Mengekalkan Tulang Yang Kuat
Buah epal hijau dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit sendi (rheumatism) dengan membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.
7. Mencegah Alzheimer
Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan masalah neurologikal pada umur emas seperti Alzheimer.
8. Mencegah Asma (Lelah)
Minum jus epal hijau dengan kerap boleh mencegah daripada mendapat asma.
9. Elak Daripada Mendapat Diabetes (Kencing Manis)
Selain kurang kandungan gula, buah epal hijau turut membantu anda elak daripada
mendapat masalah kencing manis.
10. Kaya Vitamin A, B dan C
Epal hijau sangat kaya dalam Vitamin A, B dan C – selain daripada menjaga kesihatan kulit, ia turut menjaga kesihatan dalaman kulit.
Khasiat Buah Epal Hijau Kepada Kulit
Buah epal hijau sangat baik untuk mencantikkan kulit dan menyerikan wajah. Kebanyakan produk kecantikan kulit dan rambut mula memanfaatkan khasiat yang terkandung di dalam epal hijau.

11. Ejen Anti Penuaan
Buah epal hijau merupakan satu bahan anti-penuaan yang sangat berkesan. Antioksida dan serat yang terdapat di dalamnya boleh mengekalkan keanjalan kulit dan memberikan kulit kelihatan muda.
12. Meningkatkan Teksur Kulit
Face mask yang mengandungi bahan-bahan epal hijau boleh melembaplan kulit anda dan mengurangkan kedutan.
13. Menyihatkan Kulit
Dengan kandungan vitamin yang tinggi, buah epal hijau boleh mengekalkan tahap kesihatan kulit anda dan boleh mencerahkannya juga.
14. Mencegah Masalah/Penyakit Kulit
Buah epal hijau boleh menyelesaikan kebanyakan masalah kulit yang berkait dengan kekurangan nutrisi.
15. Kawal & Mencegah Jerawat
Ia juga sangat berkesan dalam menangani masalah jerawat dan jeragat. Pengamalan buah epal boleh membantu anda mengawal jerawat pecah.
16. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Ada masalah warna hitam di bawah mata? Kerapkan makan buah epal boleh membantu menghilangkannya.
Khasiat Buah Epal Kepada Rambut
Selain memberikan manfaat kepada kesihatan dan kulit, buah epal hijau turut memainkan sedikit peranan kepada rambut. Antaranya adalah:
17. Mengatasi Masalah Kelemumur
Pes yang diperbuat daripada kulit buah epal hijau boleb mengatasi masalah kelemumur. Anda perlu gunakannya sebagai satu syampu. Selain itu, jus epal juga boleh digunakan – sapukan dan urut ke seluruh kulit kepala.
18. Memperbaiki Pertumbuhan Rambut
Terakhir sekali adalah buah epal boleh menguatkan urat rambut, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mencegah masalah keguguran.
Pilih & Menyimpan Buah Epal Hijau
Buah epal adalah buah yang agak sensitif dan anda perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan dan penyimpanannya.
Memilih Buah Epal Hijau
Semasa membeli buah epal hijau, adalah terbaik anda pilih buah yang pejal, mempunyai warna yang terang dan tidak mengalami sebarang kesan calar atau kerosakan pada kulitnya.
Adalah terbaik kalau anda pilih buah tersebut biji-demi-biji berbanding dengan membeli dalam paket – dengan ini, anda boleh mencium baunya terlebih dahulu.
Cara Penyimpanan Buah Epal
Tempat terbaik menyimpan buah epal adalah dalam peti sejuk anda. Balut buah tersebut di dalam beg plastik dan letakkannya di tempat yang paling sejuk. Dengan cara ini, epal anda akan kekal segar sehingga 2-3 minggu.
Suhu bilik boleh juga untuk menyimpan buah epal, tetapi tidak boleh bertahan lama.
Amaran
Jangan makan biji buah epal kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda.
Kesimpulan
Secara ringkas, buah epal ini banyak memberikan khasiat kepada kita semua. Walaupun rasanya agak masam, dan ramai tidak menyukainya, anda boleh mengaburi rasa tersebut dengan cara penyediaan yang pelbagai.
Harap selepas ini, kita semua mula mengamalkan makan buah epal hijau untuk mendapatkan tahap kesihatan yang stabil.
Sekiranya artikel ini membantu anda dalam apa jua keadaan, silalah kongsikannya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga.
Sekian~


1 comment: